Pantun |
Sumber |
Tema |
Dilihat orang indah dan permai, Besar dan kecil berbau wangi; Adat dibilang sudahlah sampai, Benar dan adil di situ berdiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Penat dan lelah ia tahankan; Orang beradat berhati lapang, Umpat dan fitnah ia diamkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang memukat pagi dan petang, Letih dan senang berela hati; Orang beradat berhati lapang, Kelebihan orang ia hormati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau berjaja sirih dan kapur, Tentulah ada gambir dan pinang; Kalau bekerja bersih dan jujur, Tentulah namanya dipuji orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Besar dan kecil berbau wangi, Tangkai dilurut jangan mematah; Benar dan adil di situ berdiri, Sesuai menurut Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bunga sekuntum di dalam taman, Dilihat orang indah dan permai; Assalamualaikum puan dan tuan, Adat dibilang sudahlah sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tiganya urat batang saka, Empatnya ada berbagaian; Kita seadat dan selembaga, Adat seico dan sepakaian. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat kata berharga, Isinya dalam bila dikenang; Kita seadat dan sepusaka, Iri dan dendam sama dibuang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Debu berdebuk labu bercampak, Kelit berkelit tanlung lentera; Seburuk-buruk ibu dan bapak, Wajib dijunjung dan dipelihara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Buah mengkudu jatuh ke kali, Dimakan ikan berebut-rebut; Hamba menunggu petang dan pagi, Kulawan hujan dan angin ribut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |