Pantun |
Sumber |
Tema |
Ikan dapat boleh digulai, Gulai lemak atau sempedas; Ikutan umat supaya damai, Damai dunia bala pun lepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat rakyat pun damai, Pemimpin tegak bersanding bahu; Rosak adat rakyat berkecai, Pemimpin bengak rakyat berseteru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat keluarga berkasih sayang, Rukun dan damai berumah tangga; Adat dijaga budi terbilang, Santun perangai tua dan muda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Ubur-ubur payung mahkota, Hari cuti di Pantai Damai; Rasa terhibur mendengar cerita. Jeti Pak Tua bertambah ramai. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Tegak adat teguhlah umat, Umat teguh hidup pun damai; Rosak adat tumbuhlah laknat, Laknat tumbuh hidup meragai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Gulai lemak atau sempedas, Cukup seukur dengan rempahnya; Damai dunia bala pun lepas, Hidup akur dengan tuahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat laki sayang ke bini, Sampai tua kasih tak putus; Adat berdiri tenang negeri, Damai dunia bangsa terurus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Muzium Sarawak menyimpan sejarah, Sejarah bersurat Sultan Brunei; Msuim kesedaran beralih arah, Semoga hidup aman damai. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Elok kain benangnya rapat, Bila rapat sopan dipakai; Elok pemimpin memegang adat, Bila beradat kehidupan damai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Belat dipasang mencari ikan, Ikan dapat boleh digulai; Adat dibilang jadi ikutan, Ikutan umat supaya damai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |