Pantun |
Sumber |
Tema |
Hilir Daik menyongsong Daik, Tanam terombong di bawah batang; Kalau abang budi baik,baik/datang Tidak diseru saya datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Dari Kelebang pergi ke Daik, Dari Daik terus ke Melaka; Kalau abang berhati baik, Sanak saudara semua suka. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang Daik pulang ke Daik, Ambung-ambung bertali benang; Kalau ada budi baik, Sampai mati boleh dikenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bukan saya pergi ke Daik, Sudah ke Daik menali benang; Budi baik dibalas baik, Sudah baik selalu dikenang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Orang Daik pergi memukat, Bila petang dia pun pulang; Orang baik hatinya bulat, Bila ditantang dia datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Daik pergi ke Bintan, Diterpa ombak tiada peduli; Orang baik berhati jantan, Membela haknya berani mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Daik pergi belayar, Bekas habis tiada takut; Orang baik hati penyabar, Muka manis bicara lembut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Daik pergi ke ladang, Menanam padi sehingga senja; Orang baik hati penyayang, Menanam budi tiada berkira. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Daik pergi menjala, Dapat udang dipanggang saja; Orang baik hatinya mulia, Diingat orang sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Orang Daik berjaja batik, Batik ditempa pagi petang; Orang baik kerjanya baik, Bawa membawa rezeki datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |