Pantun |
Sumber |
Tema |
Zaman dahulu hidup tenteram, Sanak saudara beramah-tamah; Badan lesu tak tidur malam, Dibentak mentua celana basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Zaman dahulu zaman bahari, Jauh sudah kita tinggalkan; Janganlah malu pada suami, Baju di dada kita tanggalkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Panjatlah dahulu batang kumpai, Panjatlah malam sama buluh; Hajat hati nan belum sampai, Ibarat tanaman yang belum tumbuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Saya dahulu duduk di Luku, Di kaki bukit keladi tumbang; Mana tempat abang nak malu, Rupa baik perangai kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Yang berkayuh dahulu sampai, Yang bergalah tiba kemudian; Orang bergaduh perlu dilerai, Orang mengalah kite muliakan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Dari dahulu batang cempedak, Kini cempedak menjadi papan; Dari dahulu abang tak hendak, Kini merimpak dinding papan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dari dahulu cermin cina, Sampai sekarang patah kakinya; Dari dahulu tuan punya, Sampai sekarang lain gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari dahulu cermin cina, Sudah sekarang patah gantinya; Dari dahulu kami yang punya, Sudah sekarang tuan yang punya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari dahulu selasih direndam, Kini direndam di piring emas; Dari dahulu kain dipendam, Hati di dalam harap cemas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Dari dahulu batang berakuk, Di situ hinggap burung merpati; Dari dahulu abang bengkok, Seribu janji tidak tepati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |