Pantun |
Sumber |
Tema |
Cumi dan Ciku pergi belajar, Terus bermain jungkang jungkit; Suami curang ditunjuk ajar; Biar tahu tingginya langit. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Kalau selalu berbaju kutang, Lambat-laun pusat terdedah; Kalau selalu berlaku curang, Lambat-laun mendapat musibah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau membeli batu karang, Banyak dijual di Kayu Mati; Kalau suami sebetulnya curang, Bulatkan fikir tabahkan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Siapa suka memanjat pinang, Sekali-sekali badan kan penat; Siapa suka berbuat curang, Sekali-sekali tangan terkebat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila di hulu tidak berladang, Ke hilir pula mencari makan; Apabila selalu bertindak curang, Akhirnya semua menjadi lawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak membeli kain, Jangan dibeli kain jarang; Kalau awak menjadi pemimpin, Jangan sekali bermain curang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Sambil minum duduk di tikar, Asyik berbual sampai petang; Begitukah nasib isteri sabar, Asyik dapat suami curang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |