Pantun |
Sumber |
Tema |
Rambut ikal cuma berlicin, Jikalau mandi dibasah jangan; Abang sayang kami miskin, Kalau jadi menyesal jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok kelapa bercabang tiga, Dikerat orang memakai gergaji; Saya cuma hendak menduga, Sejauh mana sumpah dan janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak ayam baru berkepak, Mari patuk burung balam; Bawa garam cuma secupak, Takkan masin air di kolam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Banyak sungguh bintang meninggi, Ada satu bintang kejora; Banyak sungguh orang di sini, Cuma yang satu permainan mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan tanah menjadi padi, Kalau jadi hampa melayang; Bukan bangsa boleh berbudi, Kalau dibudi cuma terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tepi tebat pasang pelita, Hendak menahan jerat rusa; Dalam adat hidup manusia, Emas perak cuma pesaka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Mudik ke Hulu Bukit Beruas, Ambik kulit jemur tenggiri; Adik turut ambo tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang pandan tidak berhujung, Mana nak sama hujung mengkuang; Nasib badan tidak beruntung, Yang untung cuma seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung jelatik terbang ke ladang, Dapat dicekup jangan dipicit; Pokok cantik bertambah rendang, Buah di pokok cuma sebiji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuma |
|
Puisi |
---|
|
Pokok kelapa bercabang tiga, Dikerat orang memakai gergaji; Saya cuma hendak menduga, Sejauh mana sumpah dan janji.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 299 The leopard cannot change its spots Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah. Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard cannot change its spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose! Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|