Pantun |
Sumber |
Tema |
Cuaca panas helang berbunyi, Ayam dikurung dalam reban; Hilang emas boleh dicari, Hilang kasih gunung teregan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan lebat cuaca buruk, Tambah pula bukit-bukitan; Di sana sini berbau busuk, Mayat juga tidak kelihatan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Bintang di timur cuaca baik, Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik, Itulah budi dikenang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Helang terbang melewati pantai, Cuaca redup naik perahu; Hilang saudara sahabat handai, Lenyap segala harta dan nyawa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Lumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ibu kapur di lembah paya, Tebang balam di cuaca redup; Sirih sekapur persembahan saya, Minta disimpan seumur hidup. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau tuan naik perahu, Jangan lupa bawa bekalan; Kapten Samsudin memberi tahu, Cuaca buruk Ba' Kalalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Putus tunang raja di Daik, Pecah terhempas ke tudung saji; Terang bulan cuaca pun baik, Riuh rendah suka di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cuaca |
|
Puisi |
---|
|
Bintang di timur cuaca baik, Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik, Itulah budi dikenang orang.
Lihat selanjutnya... |
|