Pantun |
Sumber |
Tema |
Kain corak bertali tangsi, Sampan sarat bermuat barang; Awan berarak ditangisi, Badan melarat di rantau orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ini baju kebaya, Corak bunga Rafflesia; Selamat maju jaya, Seluruh rakyat Malaysia. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Apa guna berkain batik, Kalau corak tidak seragi; Apa guna berbini cantik, Kalau tak setuju dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Tenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Banyak ketam perkara ketam, Ketam rejang corak beragi; Banyak hitam perkara hitam, Hitam manis memutus hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Naik mendarat di pangkalan, Kain pelekat bercorak-corak; Adik sepantun gambar bulan, Mainan mata orang nak banyak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau nak pikat burung jelatik, Tabur beras dengan padi; Kalau nak harap corak yang cantik, Tentu tak laku kain berkodi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata corak |
|
Puisi |
---|
|
Kain pelikat corak bersegi; Isi di dulang hendak dihantar; Kalau pemikat baik budi, Burung terbang pulang ke sangkar.
Lihat selanjutnya... |
|