Pantun |
Sumber |
Tema |
Orang Jawa membuat tapai, Raginya datang dari seberang; Selagi cita-cita tidak tercapai, Biar mati di rantau orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Masa Tok Penghulu, Pakai batu-bata; Masa tetap berlalu, Teruskan cita-cita. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tudung dipakai kain cita, Kain murah kain kudi; Tolong menolong budaya kita, Itulah amalan orang berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Budi |
Untuk apa berkain cita, Kalau tidak ada bajunya; Untuk apa bermain cinta, Kalau tidak ada jodohnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Yang berangkat tentulah senang, Senang pula cita rasanya; Orang berpangkat tentulah kenyang, Kenyang pula saudara-maranya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buah rambai dalam padi, Lazat pula cita rasanya; Pandai sungguh mengambil hati, Sarat dengan budi bahasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cita |
|
Puisi |
---|
|
Buah rambai dalam padi, Lazat pula cita rasanya; Pandai sungguh mengambil hati, Sarat dengan budi bahasanya.
Lihat selanjutnya... |
|