Pantun |
Sumber |
Tema |
Tempurung bermata tiga, Ayam di bawah rumah kandang-kandangan; Akan terturun akan tiada, Lekat di rumah berpandangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beratlah kaki akan melangkah, Kerana jalan terlalu jauh; Niat di hati akan menikah, Rupanya tuan sudah berjodoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang cempaka berbunga biru, Ditimbang akan burung garoda; Dipandanglah mata menahan rindu, Kutimbang akan jodoh bersama. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa buat menganyam nyiru, Lintang akan sambil diangkat; Apa boleh menahan rindu, Dilimpang akan ditidur angkat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jambangan tumbuh di besen, Akan dihantar Si Raden Galuh; Sapu tangan saya membikin, Pohon akan pemalit peluh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari mana datang berakit? Bawa berdua akan belayarnya; Dari tuan datang penyakit, Tuanlah juga akan ubatnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalaulah ubat tidak dipakai, Tentu penyakit tak akan sembuh; Kalaulah niat tidak sampai, Seribu bukit akan kutempuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak patah patahlah jenang, Paku tidak akan tercabut; Hendak marah marahlah abang, Aku tidak akan mengikut. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak lari larilah itik, Helang tidak akan merendah; Hendak pergi pergilah adik, Sayangku tidak akan berubah. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta akan |
|
Peribahasa |
---|
| 338 Love is blind Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi. Kasih tidak bersekutu dengan bijak She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi.Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|