Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau hendak membeli cermin, Belilah cermin tembus cahaya; Kalau awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin lurus bicara. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak membeli cermin, Belilah cermin tempat berkaca; Kalau awak menjadi pemimpin, Jadilah pemimpin taat setia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Cermin damit kami mulanya, Ditangkap ketam patah kaki; Mulanya kamilah yang punya, Sudah sekarang lain ganti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Elok cermin kerana jernih, Di sana bedak ia bubuhkan; Elok pemimpin kerana bersih, Laba dan tamak ia jauhkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dari dulu cermin cina, Kini sekarang patah kakinya; Dari dulu abang punya, Kini sekarang ada gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari dahulu cermin cina, Sampai sekarang patah kakinya; Dari dahulu tuan punya, Sampai sekarang lain gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dari dahulu cermin cina, Sudah sekarang patah gantinya; Dari dahulu kami yang punya, Sudah sekarang tuan yang punya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bawa tombak bawa cermin, Sapu tangan simpul pulih; Nampak bayang dalam cermin, Hendak dibawa tidak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bawa tombak bawa cermin, Rendang lada simpul pulih; Tengok gambar dalam cermin, Sungguh ada nak ambil tak boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hitam-hitam mata, cermin mata, Dalam gelap terang, menjadi terang; Jika sungguh kata, bagai dikata, Lepas bergendang pulang, kuikut pulang. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cermin |
|
Puisi |
---|
|
Bawa tombak bawa cermin, Sapu tangan simpul pulih; Nampak bayang dalam cermin, Hendak dibawa tidak boleh.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 474 The pot calling the kettle black Orang yang mengkritik atau mengata orang lain sedangkan dia pun sama seperti hal yang dikatakan itu. Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang My grandmother overheard her neighbour gossiping that she had no dignity as she had married another woman's husband. She rebuked by saying: ''Well, look who''s talking. Weren't you the one who got attacked by those women when they heard that you wanted to marry their husband? Talk about the pot calling the kettle black!'' Nenekku terdengar umpatan jirannya yangmengatakan bahawa dia tidak ada maruah kerana berkahwin dengan suami orang. Dia menempelak kembali dengan berkata: ''Cermin diri kau dulu. Bukankah kau dulu diganyang oleh madu-madu kau apabila mereka mendapat tahu yang kau hendak merampas laki mereka? Biasa di sayak di bawa ke dulang, biasa di awak ke orang, konon!'' Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|