Pantun |
Sumber |
Tema |
Rosak ikat terbuka simpul, Terbuka simpul pengikat jatuh; Rosak adat celaka timbul, Celaka timbul umat bergaduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu pantang derhaka, Orang derhaka ditimpa laknat; Sifat berseteru mengundang celaka, Datang celaka hidupkan tenat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adapun hajat sebenar hajat, Bila menyalah celaka badan; Adapun adat sebenar adat, Bila dirubah binasa iman. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sapu tangan penyapu tangan, Dibawa orang ke tepian; Malang tangan celaka tangan, Dalam tangan untung bahagian. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sapu tangan jatuh ke laman, Tiba di laman berisi bunga; Celaka tangan jembalang tangan, Dalam tangan orang punya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam kurik kuat berlaga, Taji panjang paruhnya besar; Dalam panik dapat celaka, Kaji dikenang supaya sabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bulan sabit di langit tinggi, Sayup-sayup mata memandang; Sudahlah nasib celaka diri, Adik kucinta dipinang orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang beradat memelihara pusaka, Petaruh amanah ia jalankan; Membuang adat membawa celaka, Musuh bertambah binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jangan direndang buang nangka, Masak sebutir dibelah-belah; Jangan dikenang untung celaka, Sudah takdir kehendak Allah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |