Pantun |
Sumber |
Tema |
Adik beradik berbaju chongsam, Rama-rama berwarna saga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Orang Daik bertanam bayam, Baik lagi bertanam pegaga; Carik-carik bulu ayam, Lama-lama bercantum juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kain ini carik di tengah, Mari dijahit budak hulu; Tengah berkasih datang fitnah, Baik kita berhenti dahulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Secarik dua carik, Tebu lontong kusangka kayu; Kalau dibeli bercarik-carik, Manakan dapat sehelai baju. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pergi ke darat memangat rambai, Habis carik lengan baju; Apa nak harap bunga setangkai, Bunga lain sedap bau. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata carik |
|
Puisi |
---|
|
Secarik dua carik, Tebu lontong kusangka kayu; Kalau dibeli bercarik-carik, Manakan dapat sehelai baju.
Lihat selanjutnya... |
|