Pantun |
Sumber |
Tema |
Batu campur batu bulat, Tarah mari hujung perahu; Nampak di mata boleh dilihat, Dalam hati mana nak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dibelah dua diambil pati, Campur dengan bunga raya; Telah kutemui pencarian sejati, Cintai Allah yang maha kaya. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Cik Salleh membeli pari, Campur seekor ikan tenggiri; Toleh kanan kiri berdiri, Soal kubur datang mencari. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Ikan sepat di Paya Baru, Campur dengan lampam Siam; Sudah dapat sahabat baru, Saya terbuang dalam diam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna sambal tumis, Kalau tak campur asam belimbing; Apa guna lama menangis, Tidakkan penuh telaga yang kering. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Katang-katang berisi manik, Manik berisi campur padi; Saya datang hendaklah naik, Mana tempat membasuh kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Emas merah kesuma ningsun, Pudak melati campur kasusun; Hari sehari rasa setahun, Nasi dimakan rasa racun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tuan makan jeruk maman, Tiga dengan daun campur; Sudah tuan tegak di laman, Naik ke rumah kita bercampur. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Beli ketam di luar kota, Masak sedikit campur rebung; Mabuk pitam awal bercinta, Penyakit lain dapat ditanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata campur |
|
Puisi |
---|
|
Gulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 388 Mind your own business Jangan masuk campur atau mengambil tahu halo rang lain. Jangan buat kerbau tanduk panjang '' Mind your own business. It's private matter that has nothing to do with you,'' said the seller. I have to mind your business. If you fail in this project, I'll have great difficulty getting my money back from you!'' exclaimed the loan shark. ''Jangan buat kerbau tanduk panjang. Ini soal peribadi dan tak ada kena mengena langsung dengan awak,'' kata si penjual. Aku kenalah jaga tepi kain kau. Kalau kau gagal dalam projek ini, susah besarlah aku nak dapat balik duit dari kau!'' jerit si Along. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|