Pantun |
Sumber |
Tema |
Bilang berbilang namanya hari, Boleh dibilang Selasa Jumaat; Gilang gemilang cahaya matahai, Lebih gemilang cahaya Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Hujan rintik cahaya redup, Batang kelici dalam perahu; Cantik-cantik pun kain dicelup, Sudah cuci baru tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bulan mengambang cahaya cemerlang, Nampak memancar di celah awan; Rasa lemah sendi dan tulang, Bila teringat wajahmu tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terang bulan tanpa cahaya, Raja Mesir bertenun kain; Tuan kupandang tanpa cahaya, Kalau tiada cinta yang lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Terang bulan dipancar cahaya, Budak-budak ramai bermain; Kanda kupandang nampak cahaya, Hatiku tidak ke tempat lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih pinang gagang pinang, Patah pucuk si gembila; Cahaya pinang naik ke kening, Cahaya sirih naik ke muka. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bulan sabit sebelah hulu, Cahaya memudar kena mentari, Badanku sakit menahan rindu, Adinda ingkar kepada janji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila bulan sudah memudar, Cahaya bintang berkelap-kelip; Apabila tuan sudah ingkar, Hamba seorang menangisi nasib. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Luputlah siang malam berganti, Cahaya terang gelap menjadi; Tidak disangka sekali-kali, Kesemuanya adalah kehendak Ilahi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Bulan mengambang embun menitik, Cahaya sampai serata dunia; Pokok cantik buah sebiji, Bila gugur masam rasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |