Pantun |
Sumber |
Tema |
Cabang kayu sudahlah runtuh, Ke mana lagi lebah bersarang; Orang kunanti sudah menjauh, Ke mana lagi kasih menumpang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cabang kayu berdaun lebat, Di mana lagi buah bergantung; Orang kurindu tak mahu dekat, Ke mana lagi membawa untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sifat kayu cabang-bercabang, Di sanalah tempat rantingnya tumbuh; Adat Melayu tenggang-menenggang, Di sanalah tempat saling mengasuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Merak hijau di cabang pauh, Anak puyu di dalam padi; Lagi kutinjau lagi jauh, Berasa sayu di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kerak hijau di cabang pauh, Turun merentas di tangkai padi; Makin ditinjau makin jauh, Berasa nak rentas si tangkai hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga dibawa dari Deli, Kembang tengah tiga cabang; Tuan jual saya beli, Kalau tidak saya menumpang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Pokok sena kampung seberang, Satu dahan dua cabang; Apabila kena getah abang, Lalat yang liar tak boleh terbang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Layang-layang terbang melayang, Marilah hinggap di hujung cabang; Siapa bilang abang tak sayang, Di dalam hati terbayang-bayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok hijau baru berdaun, Habis daunnya dipetik budak; Hujan tidak panas setahun, Cabang dan ranting bertunas jugak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Budak-budak bermain panah, Main panah tanah seberang; Semua pokok tumbuh di tanah, Api-api tumbuh di cabang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |