Pantun |
Sumber |
Tema |
Baju hitam butang berderai, Dipakai oleh si anak raja; Nyawa dan badan lagi bercerai, Inikan pula kasih dan cinta. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanda berbaju ada butangnya, Butang beratur atas ke bawah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang terkebur berkeras lidah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda berbaju ada butangnya, Butang besar ataupun kecil; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang berkasar atau berdegil. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda berbaju ada butangnya, Butang melekap di atas dada; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang bercakap mengada-ada. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda berbaju ada butangnya, Butang lekat berjahit benang; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang berbuat sewenang-wenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tanda berbaju ada butangnya, Butang tersingkap dada terdedah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang bercakap membawa fitnah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |