Pantun |
Sumber |
Tema |
Tumbuh betong di tepi busut, Busut dapat jadi peranginan; Sungguh untung berlaki burut, Burutnya dapat jadi mainan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau banyak bertanam puding, Di sana busut di situ kasai; Kalau bijak dalam berunding, Di mana kusut di situ selesai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tubuh lengkung gelegak lengkung, Tanam lada di busut tinggi; Riuh sekampung gelak sekampung, Sementara ada saya di sini. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Putih kuning di pokok sungkai, Jatuh sehelai melerang busut; Putih kuning tubuhnya lengkai, Rambut sehelai haram tak kusut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Orang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kusangka aur di tanah seberang, Rupanya tebu tumbuh di busut; Disangka jujur hati orang, Rupanya muslihat mencapai maksud. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata busut |
|
Puisi |
---|
|
Putih kuning di pokok sungkai, Jatuh sehelai melerang busut; Putih kuning tubuhnya lengkai, Rambut sehelai haram tak kusut.
Lihat selanjutnya... |
|