Pantun |
Sumber |
Tema |
Sapa kata padi tak bunting, Padi pulut berendam di air; Sapa kata abang tak rungsing, Suap ke mulut mata berair. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Turun ke sawah memikul bajak, Hendak menyemai bunting padi; Sudah terpijak bumi Allah, Di situ tempat berakhir janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Jalak lenteng namanya nyanyi, Dibawa dengan langgam Melayu; Awaklah bunting tegak menari, Banyaklah bidan duduk termangu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana padi tidakkan rebah, Dipijak kambing bersama badak; Bagaimana bini tidakkan marah, Dia bunting awak merangkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak belanga menjadi mangkuk, Banyaklah habis piring di rumah; Sejak buaya menjadi datuk, Banyak gadis bunting tak nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Lalat buta terbang tinggi, Diamuk badai kepala pening; Beratlah mata memandang bini, Gemuknya bagai gajah bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Tali pengikat kena ranting; Bagaimana kepala tidakkan botak, Bini empat semuanya bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak beruk main tempurung, Kena pungkang kepala pening; Awak gemuk berkain sarung, Disangka orang betina bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang berburu ke padang datar, Dapat rusa bertanduk runcing; Sedang berguru orang melamar, Lambat nikah perutlah bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu menteri berdagang cawan, Banyaklah budak berjaja piring; Pilulah hati memandang kawan, Anaknya banyak bini pun bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |