Pantun |
Sumber |
Tema |
Demi citra bunga-bunga, Pesta Bunga melawat Malaysia, Suami tua lupa dirinya, Isteri tersenyum menyimpan rahsia. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Ke mana lagi memetik bunga, Bunga sekaki sudahlah layu; Ke mana lagi adik bermanja, Kanda kunanti tak mahu tahu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga puan bunga selasih, Bunga keduduk berkait-kait; Tinggal tuan tinggal kekasih, Tinggal duduk baik-baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Niat hati menjaring rusa, Rusa sudah balik ke padang; Hajat hati menyunting bunga, Bunga sudah dipetik orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Duduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Macang nanas lela teruna, Gajah berjuang di Kampung Melayu; Duduk menangis mengenang bunga, Bunga yang kembang habis layu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau sudah beralih nama, Mari bawa ke dalam puri; Saya sudah siasatnya bunga, Bunga sudah berkenan di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok beringin di tepi huma, Pucuk melempat ke luar pagar; Hati ingin melihat bunga, Bunga dilingkar ular besar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga ros bunga melati, Bersama dengan bunga cempaka; Bila bersua idaman hati, Luput segala hati nan duka. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga melor bunga melati, Ketiga dengan bunga kertas; Dari telur lagi dinanti, Inikan pula sudah menetas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunga |
|
Puisi |
---|
|
Duduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 462 Nobody is perfect Orang atau sesuatu paling hebat pun ada kekurangannya. Bunga yang harum itu ada juga durinya She has been in the industry for 50 years, and this was her first mistake, but nobody is perfect. Everybody has his or her faults. Stop criticizing her. Sudah 50 tahun dia bergiat dalam industri tersebut, dan ini kali pertama dia melakukan kesilapan, tetapi bunga yang harum itu ada juga durinya. Manusia mana tidak ada kelemahan? Janganlah awak mengkritiknya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|