Pantun |
Sumber |
Tema |
Gempa bumi di Banda Aceh, Ombak Tsunami sampai ke India; Mohon ampun Maha Pengasih, Hamba-Mu daif tidak berdaya. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Kayu manis tumbuh di bumi, Urat melantas batang sianik, Itu menjadi daunku ini; Abang menangis tunduk ke bumi, Air mata jatuh ke langit, Itu menjadi embun kini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bukan agalah pasak bumi, Galah datang dari Semarang; Bukan salah dari kami, Salah tuan selalu temberang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Badai ribut melanda bumi, Banyak pohon patah dan tumbang; Andai tercabut cinta ke hati, Turun-temurun ku sumpahi abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adik belajar menari, Tarian kaum bumi; Cerdik pandai dicari, Jadi guru kami. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buluh betung ditebang jauh, Tumbang ke bumi tidak tegak; Sungguh beruntung orang lumpuh, Orang berlari awak merangkak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Siapa lagi dibawa berjalan, Hujan lebat membasah bumi; Ke mana lagi membawa badan, Tuan tak ingat kepada kami. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besar kayu kerana uratnya, Urat menghunjam pemasak bumi; Besar Melayu kerana adatnya, Adat resamnya menegakkan budi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Buah limau dari seberang, Makanan bijirin sepanjang hayat; Bumi hijau menjadi padang, Padang bangkai padang mayat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Bunyi pagar dipaut jentera, Tumbang sebatang pokok kapas; Bumi bergegar laut bergelora, Insan lemas tidak bernafas. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bumi |
|
Puisi |
---|
|
Tetak buluh dibuat pagar, Mari diikat dengan rotan; Gunung runtuh bumi bergegar, Gempa tidak kiamat pun bukan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 294 Every land has its own laws Setiap tempat, ada adat dan peraturan dan kita harus menghormatinya. Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Every land has its own laws. When you stay in that place you must observe and respect its customs, no matter how strange they are. Surely, the people there ini turn will respect you. Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Apabila awak tinggal di tempat itu, awak perlulah mematuhi dan menghormati adat resamnya betapapun pelik adat resam itu. Nescaya, orang di situ akan menghormati awak. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|