Pantun |
Sumber |
Tema |
Adapun hari berganti bulan, Bulan beralih berganti tahun; Apabila hati bersendi iman, Beramal soleh mengaji tekun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Malam tadi mimpikan bulan, Bulan kumimpi si bujur telur; Malam tadi mimpikan tuan, Tuan kumimpi dikandung tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ayam terungap beranak lapan, Seekor mati dimakan buaya; Sakit mata memandang bulan, Bulan tidak menimbang rasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak yu senangin bulan, Bawah bulan pagar jerami; Kalau rindu pandang bulan, Dalam bulan ada kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak endu termami bulan, Bawah bulan pagar jerami; Tuan rindu pandang bulan, Bawah bulan ada kami. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan puasa bulan Ramadan, Bersambung dengan bulan Syawal; Kerana bercinta binasa badan, Untung buruk badan terjual. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak bulan antara bulan, Tidak sama bulan puasa; Banyak Tuhan antara Tuhan, Tidak sama Tuhan Yang Esa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Bulan haji bulan mulia, Orang ke Makkah beramai-ramai; Bukan kumati kerana senjata, Sedang bercinta kasih tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bulan-bulan |
|
Puisi |
---|
|
Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 468 Don't play with fire Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak. Meletakkan api di bumbungan The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them. Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan meletakkan api di bumbungan jika tidak mahu tindak Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|