Pantun |
Sumber |
Tema |
Anak ayam dalam celepa, Buka tudung memakan padi; Siang dan malam saya tak lupa, Kasih terkandung dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buku tebu dibelah-belah Dapat gula dibuat juadah; Buka buku baca sejarah, Siapakah pendatang di bumi bertuah? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Buku tebu dibelah-belah Air ditadah penuh-penuh; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu kasta penceroboh? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Buku tebu dibelah-belah, Hampas dibuang merata-rata; Buka buku baca sejarah, Adakah Melayu penghianat pendusta? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Buku tebu dibelah-belah, Hidangan manis orang Cina; Buka buku baca sejarah, Adakah tertulis Melayu terhina? | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Tumbuh betung di tepi pintu, Pintunya dapat ditutup buka; Sungguh untung berbini bisu, Bisunya dapat menutup rahsia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Labuan tanahnya rata, Tempat berjalan enjin kereta; Tutup pintu buka jendela, Sana tempat berpandang mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik belimbing digetu-getu, Petang-petang ulam pegaga; Petik dinding buka pintu, Petang karang abang yang ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pak Mamat membuat rakit, Buat sekadar menjemur jala; Rahmat Allah bukan sedikit, Buka mata lihat segala. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata buka |
|
Puisi |
---|
|
Kain pelikat di dalam peti, Satu Jumaat sekali buka; Sudah terikat dalam hati, Satu rakaat tidak lupa.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 363 Manners maketh man Budi bahasa yang ada pada seseorang sangat penting dan itulah yang dipandang orang. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi Remember that manners maketh man. You'll be judged on how to behave, not on what you like, whe you come from,or how much money you make in a year. Ingat yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi. Kita akan dinilai dari segi tingkah laku, buka rupa, asal usul, atau jumlah pendapatan kita. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|