Pantun |
Sumber |
Tema |
Tak tumbuh tak melata, Padi pulut buat niaga; Tak sungguh orang tak kata, Budi pekerti harus dijaga. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bukan mudah berladang darat, Pagi-pagi harus ke tanah; Bukan mudah memegang adat, Budi pekerti harus semenggah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok tombak kerana disepuh, Disepuh dengan besi berani; Elok anak kerana diasuh, Diasuh dengan budi pekerti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Elok parang kerana disepuh, Disepuh dengan besi berani; Elok orang kerana senonoh, Senonoh adat budi pekerti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hendak ke pantai membuat pukat, Hendak memukat di Tanjung Api; Kerana memandang harta dan pangkat. Budi pekerti sisih ke tepi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Biarlah orang menumbuk genta, Kita menumbuk padi di peti; Biarlah orang kemaruk harta, Kita kemaruk budi pekerti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Biarlah orang mencabut cendawan, Kita mencabut padi kan mati; Biarlah orang merebut bangsawan, Kita merebut budi pekerti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |