Pantun |
Sumber |
Tema |
Bukan dedak sebarang dedak, Dedak seberang laut jati; Bukan budak sebarang budak, Budak ini berani mati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Ayun tajak buailah tajak, Tajak datang dari Jawa; Ayun budak buailah budak, Budak biasa tidur di riba. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Budak-budak mengarang rambutan, Bunga melati di dalam taman; Tidak terbalas budimu tuan, Budi diingat sepanjang zaman. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Budak-budak bermain basikal, Jatuh kerana terlanggar pedati; Hendaklah tabah hendaklah cekal, Hingga sampai hajat di hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Budak-budak gali cacing, Gali mari bawah tempurung; Kalau tak kenal mata dacing, Lagi ditimbang baik diborong. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Budak-budak beli terung, Kalau terung dimasak minyak; Lagi ditimbang baik diborong, Kalau ditimbang untung tak banyak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Budak-budak tanam lengkuas, Tanam mari tepi kota; Sudah jumpa tempat yang luas, Cukup sedap main senjata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Budak-budak baik mengaji, Lagi alim lagi terpuji; Cukup bekal naik haji, Supaya dapat syafaat nabi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Budak-budak baik mengaji, Dapat mengaji sangat terpuji; Cari nafkah dapat naik haji, Boleh menziarah makam nabi. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Budak-budak kupas bawang, Taruh mari di dalam mangkuk; Jangan bawa resmi keluang, Tak boleh tengok buah di pokok. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata budak |
|
Puisi |
---|
|
Ayun tajak buailah tajak, Tajak datang dari Jawa; Ayun budak buailah budak, Budak biasa tidur di riba.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 126 Things past cannot be recalled Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but Things past cannot be recalled . Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|