Pantun |
Sumber |
Tema |
Batu kiwi batu pengasah, Buat pengasah parang cancung; Buat dosa buat salah, Malang nasib tidak tertanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Buat sambal ikan tuna, Ubur-ubur tidak bergusi; Seribu kesal tidak berguna, Bubur tidak menjadi nasi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Buat kebun berpagar-pagar, Dalam kebun taman setanggi, Hendak memikat burung di sangkar, Lepas di sangkar terbang tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Buat titi rakit buluh, Buah padi tebing seberang; Bagaimana hati tidak luluh, Buah hati lama menghilang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Buat perencah kuah laksa, Laksa Sarawak sedap rasa; Siapa dia gagah perkasa; Dapat digelar wira bangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Buat pengat buah kundur, Kuah bersantan tidak beragi; Lihat perangai orang tak syukur, Sudah diberi minta lagi. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Buat sumpik leka bersumpik, Keratlah mengkuang panjang lima; Lekanya hamba berbuat baik, Berbuat baik tumpangnya di demo. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Buat ketupat sebakul baru, Pergi jala di kampung Siam; Abang dapat sahabatlah baru, Sahabat lama tinggallah buang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Buat rumah berdinding papan, Papan Jawa empat persegi; Bila terkenang tengah makan, Air mata jatuh ke nasi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Buat ketupat bakul baru, Buang kulit lautan Siam; Abang dapat kekasih baru, Buang saya dalam diam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata buat |
|
Puisi |
---|
|
Orang darat menunggang kuda, Kuda ditunggang laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.
Lihat selanjutnya... |
|