Pantun |
Sumber |
Tema |
Lumur minyak di kepala botak, Lagi baik minyak bijan; Manakah gading yang tidak retak, Di manakah bumi tak timpa hujan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Awas-awas kalau bercukur, Salah cukur kepala botak; Awas-awas kalau menegur, Salah menegur kena bentak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak badak terlompat-lompat, Salah lompat jatuh terhempas; Awak botak kepala berkilat, Tambah berkilat disepuh panas.. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Waktu tidur mata bengkak, Hendak berjalan kaki pegal; Mahu bercukur kepala botak, Hendak makan gigi tanggal. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tujuh pondok tujuh teratak, Buah nanas dimakan lalat; Sungguh elok kepala botak, Kena panas berkilat-kilat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sayangnya pinggan sudahnya retak, Diisi minyak pecah berderai; Sayang tuan berkepala botak, Kuberi minyak tiada terpakai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Tali pengikat kena ranting; Bagaimana kepala tidakkan botak, Bini empat semuanya bunting. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Dikait galah buluh berduri; Bagaimana kepala tidakkan botak, Duit punah nikah tak jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana jala tidakkan koyak, Jala direntang kaki terpuruk; Bagaimana kepala tidakkan botak, Mentua garang bini perajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sejak sirih hendak ditebang, Gagak marah menjerit-jerit; Sejak kekasih minta dipinang, Botak kepala mencarikan duit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |