Pantun |
Sumber |
Tema |
Kain batik baru dijemur, Jemur mari tengah kolam; Sungguh cantik bintang timur, Bintang tak boleh terangkan alam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bintang tujuh tinggal enam, Satu tercampak ke Majapahit; Batang tubuh demam tak demam, Air liur ditelan pahit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bintang di timur cuaca baik, Cahayanya sampai ke hutan seberang; Mulut manis hatinya baik, Itulah budi dikenang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Bintang tujuh tinggal enam, Gugur sebiji di Gunung Daik; Hilang sebut tinggal senam, Baru tahu emas tak baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bintang tidak terbit pagi, Diselaput oleh awan putih; Puan sudi sampai ke mari, Saya memberi terima kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bintang tujuh tinggal enam, Jatuh sebiji telaga Daik; Berasa tubuh bagai nak demam, Sesudah berjumpa baru baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cerah-cerah bintang seribu, Tidaklah sama bintang tembaga; Banyak-banyak orang di situ, Ada seorang cahaya mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak-banyak bintang tinggi, Ada sebiji bintang tembaga; Banyak-banyak orang di sini, Ada seorang berkenan di mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak sungguh bintang meninggi, Ada satu bintang kejora; Banyak sungguh orang di sini, Cuma yang satu permainan mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bintang |
|
Puisi |
---|
|
Dua belas bintang di langit, Bintang diraja dari Melaka; Kata tuan pinang bergigit, Kapur bercampur air mata.
Lihat selanjutnya... |
|