Pantun |
Sumber |
Tema |
Ke sini gunung ke sanalah gunung, Di tengah gunung berisi batu; Ke sini bingung di sanalah bingung, Di dalam bingung hati tak tentu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ke sana gunung di sini gunung, Tengah-tengah pohon melati; Ke sana bingung di sini bingung, Siapa dikenang di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Di sini gunung di sana gunung, Sama dengan Gunung Sebandi; Di sini bingung di sana bingung, Sama dengan penerang hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam bagung kokok berdencang, Disambar helang patahlah kepak; Dalam bingung duduk mengerang, Disabarkan orang usah menolak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak tiung barukan besar, Mencuba terbang campak ke tanah; Awak bingung mengaku pintar, Ditanya orang pesaknya basah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bagaimana pondok takkan condong, Bila tiangnya semuanya bengkok; Bagaimana duduk takkan bingung, Bila hutangnya sudah bertompok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Angin puyuh puting beliung, Lautan luas dilanda taufan; Ingin menjauh hatiku bingung, Badan lemas lupalah makan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh lalang menjadi rebung Di berak kucing tiada berguna; Sungguh malang berlaki bingung, Diajak berunding mulut menganga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Buluh betung berdengung-dengung, Ditebang terguling serak-berserak; Sungguh beruntung orang nan bingung, Orang berunding awak terberak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang mustahil memeluk gunung, Kecuali gunung bercabang dua; Orang kiri duduk termenung, Hati bingung mengenang belanja | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |