Pantun |
Sumber |
Tema |
Walaupun beduk sudah berbunyi, Kerana bimbang berjalan juga; Walaupun teruk dibelasah bini, Kerana sayang ditahankan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jika menyukat tidak pandai, Orang membeli merasa bimbang; Jika adat tidak dipakai, Saban hari sengketa datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalaulah cukup membawa bekal, Kemana pergi tidakkan bimbang; Kalaulah hidup sempurna akal, Laba dan rugi tidakkan goyang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kain selendang kesumba murup, Mari diikat rotan saga; Hati bimbang jangan diturut, Biar ditantang jangan diaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Air pasang singgahlah dulu, Dapatlah berhenti di pulau karang; Hatiku bimbang bertambah pilu, Ingat kekasih di rantau orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tali kekang jatuh ke tanah, Larilah kuda lintang-pukang; Hati bimbang peluh menyimbah, Lakinya sudah main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Membawa pinang dalam raga, Berjalan malam membawa udang; Gadis seorang bimbang dijaga, Tidak sama kerbau sekandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang Tunggang jauh ke hulu, Gunung Gading nampak melintang; Hatiku bimbang dari dahulu, Putih kuning di mana menghilang? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila hari diambang petang, Jangan lupa menyiapkan suluh; Apabila hati sedang bimbang, Jangan dibawa berjalan jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbang |
|
Puisi |
---|
|
Apa bunyi berderang-derang, Itulah bunyi kulit kerang; Ingat bimbang zaman sekarang, Sedikit yang betul banyak yang kurang.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 150 You'll be damned if you do and damned if you don't Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana buat salah, tak buat pun salah, semua jadi serba salah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|