Pantun |
Sumber |
Tema |
Beras padi makanan itik, Itik biasa makan berdua; Belas hati pandang ke bilik, Bilik biasa tidur berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sejak selasar menjadi bilik, Bujang tak dapat masuk ke dalam; Sejak kudengar nyanyian adik, Terngiang-ngiang siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sejak selasar menjadi bilik, Tiada lagi tempat berehat; Sejak kudengar nyanyian adik, Cinta di hati bertambah lekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kain lipat di dalam bilik, Lipat jangan segi pun jangan; Kalau lepas sayalah balik, Umpat jangan caci pun jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cik Mat masuk ke bilik, Singgah ambil pasak perahu; Sudah kulihat lagi kubelek, Halus kasar sudah kutahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Risik rebab di dalam bilik, Mengulitkan tidur Raja Betawi; Rambut lebat keningnya lentik, Cantik semacam Sitalah Dewi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sirih tidak pinang tidak, Pinang muda dalam bilik; Kasih tidak kenang tidak, Saja hamba berulang-alik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke hulu tanam selasih, Orang bersikat di dalam bilik; Kalau adik kenang kekasih, Baik kita berikat balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Daun cenalu berbalik-balik, Gugur ke tanah berderai-derai; Pengantin baru masuk ke bilik, Orang ramai mula bersurai. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilik |
|
Puisi |
---|
|
Ke bilik ke dapur, Gulai ayam pedas; Itik yang bertelur, Ayam yang menetas.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 368 Many a mickle makes a muckle Duit yang sedikit jika disimpan lama-kelamaan akan menjadi banyak juga. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. ''One day, I'll drive that car out of this showroom,'' she said full of determination. ''But, you don't earn that much,'' I said. ''Many a mickle makes a muckle , doesn't? I'll save whatever I have to own it even though it may take years,'' she answered. ''Satu hari nanti, aku akan memandu pulang kereta itu,'' kataku dengan penuh keazaman tatkala berkunjung ke bilik pameran tersebut. ''Tapi, gaji kau taklah banyak,'' kataku. ''Bukankah berdikit-dikit lama-lama jadi bukit? Aku akan menyimpan semua duit yang aku ada untuk memilikinya walaupun mengambil masa bertahun-tahun lamanya,'' jawabnya. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|