Pantun |
Sumber |
Tema |
Apabila cukup bilangan hari, Tepati janji jangan berbohong; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bermain serong. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila cukup bilangan hari, Berjanji tidak berhelah lagi; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya tidak berbelah lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila cukup bilangan hari, Janji sampai hutang diingat; Apabila hidup bersuami isteri, Kasihnya sampai ke liang lahad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi nanti-menanti; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali maki-memaki. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi tunggu-menunggu; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali berlaku cemburu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila cukup bilangan hari, Jangan lagi berlalai-lalai; Apabila hidup bersuami isteri, Jangan sekali bercerai-berai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila cukup bilangan hari, Bila berjanji wajib dibayar; Apabila hidup bersuami isteri, Laba dan rugi tetap bersabar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila cukup bilangan hari, Tunaikan niat lunaskan hutang; Apabila hidup bersuami isteri, Pakailah sifat berkasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila cukup bilangan hari, Takdir datang ajal pun tiba; Bila hidup tahukan diri, Fikiran panjang akal sempurna. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila cukup bilangan hari, Hutang-piutang tentu dibayar; Bila hidup tahukan diri, Pantang larang tentu didengar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |