Pantun |
Sumber |
Tema |
Bila-bila Mak Milah mandi, Petang hari jalan ke kubur; Bila-bila kami nak mati, Hendak masuk pintu kubur. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Cik Atak duduk tersenyum, Bila-bila nampak tunangnya; Buah masak terlalu ranum, Tentu hilang manis rasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Baca surat Al-A'laa, Baju merah saga; Sampai bila-bila, Ibu kami jaga. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Bermain suka-suka, Bermain bola-bola; Kamu mahu merdeka, Sampai bila-bila. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Belajar kira-kira, Baca surat Al-A'laa; Hidup kami gembira, Sampai bila-bila. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Bila tercencang mohon dibalur, Bila terlanda mohon baikkan; Bila menyimpang mohon ditegur, Bila terlupa mohon ingatkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila terkerat mohon limbuskan, Bila tercencang mohon dibalur; Bila tersesat mohon luruskan, Bila menyimpang mohon ditegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila terbelah menjadi layu, Bila terkerat mohon elokkan; Bila tersalah berilah tahu, Bila tersesat mohon luruskan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Bila riak bilalah pasang, Bila melajak atas perahu; Bila teriak abang datang, Silalah masuk kita bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bila berkasih nyenyak, tidur tak nyenyak, Pengat labu bapa, lah untuk bapa; Terima kasih banyak, lah banyak-banyak, Ingatkan saya lupa, orang yang lupa. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bila |
|
Puisi |
---|
|
Cik Atak duduk tersenyum, Bila-bila nampak tunangnya; Buah masak terlalu ranum, Tentu hilang manis rasanya.
Lihat selanjutnya... |
|