Pantun |
Sumber |
Tema |
Tanam nyiur Kuala Jengka, Bunga bidang dalam balang; Saya mendengar khabar berita, Di sini ada intan berkarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Minyak bijan minyak kasturi, Minyak lembu dimasak kari; Banyak bidang aku ceburi, Banyak liku banyak duri. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Lentik sungguh pipi kijang, Anak rusa minum di mangkuk; Adik kecil dadanya bidang, Tempat abang bersandar mabuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Aur lentik dijinak kijang, Anak Jawa minum di mangkuk; Keningnya lentik dadanya bidang, Anak muda dipanah mabuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam bertuah terbang mengapung, Ekor berjela di dalam padi, Diberi kain ditilamkan; Dalam tanah nan tujuh bidang, Adik seorang yang abang pilih, Yang lain abang haramkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bidang |
|
Peribahasa |
---|
| 576 Don't teach your grandmother to suck eggs Jangan cuba menasihati atau menunjuk ajar orang yang lebih berpengalaman daripada kita Anak kera hendak diajar memanjat ''You don't have to tell me what I should do. I have been in this field for 20 years,and you just go there. Don't teach your grandmother to suck eggs. I know better than you do!'' the old actress protested. ''Tak payahlah kau hendak mengajar apa yang patut aku buat. Aku dah 20 tahun dalam bidang ini, dan kau pula orang baru. Jangan anak kera hendak diajar memanjat. Aku lebih tahu daripada kau!'' bantah pelakon lama itu. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|