Pantun |
Sumber |
Tema |
Biarpun makan belum kenyang, Jangan meminta nasi tetangga; Biarpun badan belum senang, Jangan dicuba mengambil muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Biarpun lading di tanah seberang, Elok berakit untuk kenduri; Biarpun senang di rumah orang, Elok bersakit di pondok sendiri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Yang kuda larinya deras, Biarpun jauh melompat juga; Orang tua hatinya keras, Biarpun lumpuh memanjat juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Besarlah biduk dari perahu, Bila belayar sejalan juga; Biarpun teruk menahan rindu, Kubawa sabar sehabis daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besar tekukur seperti balam, Bila berbunyi sepadan juga; Biarpun hancur hati di dalam, Kanda pergi kulepaskan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bersarlah pasak daripada tiang, Tanda kerja takkan menjadi; Biarpun banyak dinista orang, Cintaku tidak berbelah bagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besarlah redan dari belimbing, Bila berbuah dimakan ungka; Biarpun badanlah kurus kering, Kerana cinta kutahankan juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besarlah kuali dari belanga, Supaya mudah orang merendang; Biarpun hati kami merana, Kerana sumpah abang kukenang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besar perahu tiada kepalang, Mudik merayap menjelang senja; Biarpun malu dicerca orang, Adikkan tetap kupinang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besar perahu orang Tambelan, Muatan sarat tiada golek; Biarpun malu abang tahankan, Asalkan dapat bersama adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata biarpun |
|
Peribahasa |
---|
| 300 The leopard does not change his spots Sifat atau tabiat seseorang, lazimnya sangat negative, tidak mungkin berubah. Biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga I thought that old man had repented when he married that beautiful singer, but the leopard does not change his spots. He still dated young girls, only this time right under his wife's nose! Saya agakkan orang tua itu sudah bertaubat setelah mengahwini penyanyi cantik manis itu, tetapi biarpun kucing naik haji, pulang mengeong juga. Dia masih keluar dengan gadis-gadis muda, cuma kali ini di depan mata isterinya! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|