| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Bijak bestari tiada menyalah, Bila dipegang tidakkan sesat; Syarak berisi Quran dan sunah, Dialah tiang dunia akhirat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Mati dipanah raja bestari, Raja semayam di dalam kota; Kalau dipinang ayahnya tak beri, Bolehlah adik pergi berkira. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Sifat guru berhati bijak, Bijak bestari tiada menyalah; Adat Melayu bersendi syarak, Syarak berisi Quran dan sunah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Berlari macam kuda, Bangun pagi-pagi, Bestari masih muda, Belajar tinggi-tinggi. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
| Konon namanya Negeri Spaoh, Penduduk kampung bijak bestari; Pedagang datang dai jauh, Hendak melabur membuat industri. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
| Seladang mati di padang, Mati dipanah raja bestari; Kalau ada anak perempuan, Kalau pinang ayahnya tak beri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Kalau berlawan lumba lari, Baik dilangsung waktu pagi; Kalau berkawan pelajar bestari, Dunia akhirat tidakkan rugi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Kami pergi memukat, Tertangkap ikan pari; Suami isteri sepakat, Anak bijak bestari. | Pantun Melayu Sarawak | Jati Diri |
| Hendak ke kubur Jalan Menteri, Masuk sekolah Merpati Jepang; Walau masyhur bijak bestari, Busuk budi orang tak pandang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Buah belolok penuh duri, Jatuh terletak di kolam Cina; Habis elok lagi bestari, Bukanlah layak orang yang hina. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata bestari |
|
| Puisi |
|---|
|
Seladang mati di padang, Mati dipanah raja bestari; Kalau ada anak perempuan, Kalau pinang ayahnya tak beri.
Lihat selanjutnya... |
|