Pantun |
Sumber |
Tema |
Besar rumah besar tingkapnya, Besar pula pintu dibuat; Besar kepala besar cakapnya, Besar pula malu yang dapat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Besar tugal besar lubangnya, Tiap tahun duduk berladang; Besar bual besar malangnya, Lambat-laun masuk ke lubang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Besar batang besar akarnya, Akarnya jangan dikerat-kerat; Besar hutang besar bayarnya, Membayarnya jangan menunggu mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Besar batang besar akar, Akar jangan dikerat-kerat; Besar hutang besar bayarnya, Membayar jangan berlambat-lambat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Besar kayu besar batangnya, Bila tak patah tentulah tinggi; Besar malu besar hutangnya, Bila tak luka tentulah mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Baru kembang bunga seroja, Sudah ada orang mencuri; Besar-besar istana raja, Kecil-kecil pondok sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Besar kayu kerana uratnya, Uratnya besar dapat bersimpuh; Besar Melayu kerana adatnya, Adatnya besar tempat berteduh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Besar cupak berdasar sukatnya, Salah kira salah berhitung; Besar bengak besar akibatnya, Salah bicara badan terkurung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Rumah besar alang pun besar, Rumahnya datuk permaisuri; Alang-alang kerja besar, Tidakkan saya sampai ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar |
|
Puisi |
---|
|
Rumah besar alang besar, Rumah datuk permaisuri; Kalau tidak hajat besar, Bilakah tuan datang ke mari.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 278 Out of the frying fan and into the fire Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar. Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she out of the frying fan and into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped. Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|