Pantun |
Sumber |
Tema |
Dari pulau menjemur sagu, Petang pergi bersimbah peluh; Hati risau bercampur pilu, Abang pergi bertambah jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang memukat pagi dan petang, Mencari nafkah bersimbah peluh; Orang beradat berhati lapang, Menghadapi musibah tiada mengeluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Air redang berwarna merah Kerana banyak akar yang mati; Biarpun mati bersimbah darah, Kasihku tidak akan berhenti. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bila menarik tali timba Sesudah penuh baru ditarik; Apabila adik menanti hamba, Bersimbah peluh abang kan balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tambi berbaju merah, Mari duduk di muka pintu; Biar di hati bersimbah darah, Asal mendapat orang itu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila atap sudah bocor, Lantai lapuk kelambu basah; Apabila bercakap suka takbur, Perangai buruk malu bersimbah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |