Pantun |
Sumber |
Tema |
Timur mari selatan mari, Jangan diajak darat laut; Hidup kita bersama mati, Bersama ajal dan maut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Makan sirih dalam cerana, Daun sirih sudah layu; Ke hulu bersama ke hilir bersama, Macamlah isi dengan kuku. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Daripada menakuk rumput buluh, Elok mentak bunga cendawan; Daripada duduk bersama mush, Elok tegak bersama kawan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Alang-alang betis pelanduk, Kita matikan tetauk muda; Pantang helang bersama manuk, Lama-lama bersama jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Banyak bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga juak; Dalam dunia tidak bersama, Dalam akhirat bersama juak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanamlah bunga tidak berbunga, Tanam ke darat berbunga jua; Di dalam dunia tidak bersama, Di dalam akhirat bersama jua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tidak bersama-sama, Manakan dapat sembahyang Jumaat; Kalau tidak kerana ulama, Manakan dapat hidup selamat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tiup api bersama kunang, Hendak membakar ikan terubuk; Suka hati orang bertunang, Bagai ikan pulang ke lubuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Ribut turun bersama angin, Kapal belayar menuju seberang; Sudah kucuba kawan yang lain, Tidak sama sahabat seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jikalau mandi bersama mandi, Sama seceduk sama sepapan; Jikalau mati bersama mati, Sama setiang sama sekapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersama |
|
Puisi |
---|
|
Makan sirih dalam cerana, Daun sirih sudah layu; Ke hulu bersama ke hilir bersama, Macamlah isi dengan kuku.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 276 Don't jump from the flying pan into the fire Setelah terlepas daripada bahaya, janganlah terjebak pula ke dalam bahaya yang lebih besar. Dari lecah, lari ke duri She ran way with her two kids from her husband who was an incorrigible drunk to be witah a man whom she trusted. But it seemed that she had jump from the flying pan into the fire when she ended up being beaten while her children were kidnapped. Dia lari meninggalkan suaminya yang kaki botol itu dengan dua anak kecilnya untuk bersama seorang lelaki yang dipercayainya. Dia akhirnya dibelasah, dan anaknya pula diculik. Inilah yang dikatakan, terlepas dari lecah, lari ke duri Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|