Pantun |
Sumber |
Tema |
Batang pepaya berputik belum, Bila berulat lekas dipancung; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat emas segunung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Batang nangka berputik juga, Rebah ke tanah rantingnya patah; Abang menyangka adik setia. Rupanya sudah berpaling tadah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Serumpun bunga dalam pasu, Harum berputik bunga lilin; Kupohon doa kupohon restu, Embun menitik di tempat lain. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Ulam bukan sebarang ulam, Ulam mentimun baru berputik; Demam bukan sebarang demam, Demam melamun rindukan adik. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pohon kenanga dililit ubi, Daunnya luruh belum berputik; Perkara bunga suntingan nabi, Bolehlah hamba datang memetik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kerana ada kulim di rimba, Batang langsat jadi berputik; Kerana ada alim ulama, Orang yang sesat menjadi baik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Asam belimbing di dalam belanga, Dibubuh garam buat jeruk; Berputik dahulu baru berbunga, Buahnya jarang dimakan budak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Dari Gersik ke Surabaya, Singgah memetik kuntum delima; Sungguh malang nasib saya, Sudah berputik balik berbunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |