Pantun |
Sumber |
Tema |
Jangan berpucuk sayur bayam, Boleh dimakan dengan keladi; Jangan berkokok engkau ayam, Boleh diupah segantang padi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pokok beringin berpucuk muda, Tempat camar tumpang meniti; Kerana miskin emas tiada, Tertolak lamar terurailah janji. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kata tua kata berpucuk, Pucuk berpunca pada agama; Hina bangsa gila kemaruk, Kemaruk harta gila dunia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Batang selasih sudah berpucuk, Tak lama lagi tentu berbunga; Orang kukasih sudah merajuk, Tak ada lagi tempat bercanda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dua kali bayam berpucuk, Labu manis lata-melata; Dua kali ayam berkokok, Hitam manis bercerailah kita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ikan tenggiri makan menyambar, Cuka-cuka dalam peti; Bila berpucuk daunnya lebar, Akar menjalar ke sana ke mari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Burung merbuk sambar tekukur, Lepas sekali menjadi punai; Terung berpucuk limau bertabur, Puaslah hati membeli mahal. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pergi ke pulau mengambil kerang, Bawa mari Kuala Linggi; Baru berpucuk belum bercabang, Sudah nak jadi pohon yang tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kain buruk kain cukin, Taruh di meja lapik gelas; Sudah berpucuk warkah dikirim, Sudah dibaca mengapa tak dibalas? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |