Pantun |
Sumber |
Tema |
Elok parang mata berkilat, Mata berkilat ia diasah; Elok orang kerana beradat, Kerana beradat ia bermaruah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak badak terlompat-lompat, Salah lompat jatuh terhempas; Awak botak kepala berkilat, Tambah berkilat disepuh panas.. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Berkilat papan seperti cermin, Bila dibilas belangnya kusam; Beratlah badan menjadi pemimpin, Bekerja keras siang dan malam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Berkilat air di perigi, Nak mandi rasa tak jadi; Berlilat laka di gigi, Itulah pembawa rosak di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sikat rambut berkilat-kilat, Tikar bantal dengan tilam; Minum sedikit menjadi ubat, Tuan laksana air nilam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rambut hitam berkilat-kilat, Jatuh ke bantal berlipat-lipat; Tuan laksana air yang lebat, Minum sedikit menjadi ubat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah seminal biji berkilat, Dibuat minyak rasa perisa; Sudah kuungkai tali pengikat, Adik menolak apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu tangan tepi berkilat, Cicir di jalan siapa punya; Hajat hamba mengirim surat, Adakah tuan sudi membalasnya? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanjung Po Tanjung Berapi, Api berkilat di mungguk kubur; Rasa nak beku di dalam hati, Melihat tuan iman gugur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Dapur kayu dapur belulang, Nampak saja berkilat-kilat; Cakap tuan tak usah berulang, Adik pandai menangkap kilat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |