Pantun |
Sumber |
Tema |
Dua negeri sedang berperang, Belum tentu saya berjaya; Berapalah tajam pisau dan parang, Tajamlah lagi mulut manusia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Berapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang kaya naik pedati, Ketawa jangan tidak berhenti; Saya berjaya masuk universiti, Awak tinggal cekalkan hati. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jalan Haji Taha, Jual buah sekaya; Ada daya usaha, Pasti akan berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Berniaga |
Membeli baju hari raya, Pergi menziarah sanak saudara; Rajin dan usaha pasti berjaya, Taburkan jasa kepada Negara. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Berbaju kurung fesyen terkemuka, Tambah cantik tambah bergaya; Jangan murung jangan berduka, Usaha ikhlas pasti berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Kalau berjaj hendaklah hemat, Supaya dagangan tetap berlaba; Kalau bekerja hendaklah cermat, Supaya pekerjaan tetap berjaya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pergi mengail berkawan-kawan, Jaga tertib di jalan raya; Hasrat ingin mencapai awan, Tabah cekal pasti berjaya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Puisi |
---|
|
Berapa tinggi Bukit Malingan, Sama bertimbang Bukit Berjaya; Kalau sudah musimnya hujan, Tidak keras bukit di paya.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 428 Nothing is impossible to a willing heart Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle. Perkataan 'tidak boleh' tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|