Pantun |
Sumber |
Tema |
Nahas kemalangan tajuk berita, Tujuh penumpang masih hilang; Panas badan menahan derita, Mengenang nasib diriku seorang. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Sayang Labuan pulau di laut, Khabar berita pulau jatuh; Khabarmu tuan saya menyambut, Asal rahsia disimpan teguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang buah pulang ke laut, Khabar berita saya turut; Bunga hadiah saya menyambut, Tutur belia saya menurut. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Katuh basikal berdua-dua, Susuk keris besi waja; Hebih berita tentang Pak Tua, Masuk mahkamah merogol remaja. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tanam nyiur Kuala Jengka, Bunga bidang dalam balang; Saya mendengar khabar berita, Di sini ada intan berkarang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Baik sungguh pergi berburu, Dapat pelanduk seekor dua; Adik jauh hatiku rindu, Penat duduk menanti berita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Mukah ke Bandar Miri, Baca akhbar baca cerita; Lama sudah abang pergi; Tidak khabar tidak berita. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Baju merah kain sutera, Dipakai oleh anak dara; Saya di sini tertanya-tanya, Mengapa tuan tak hantar berita. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berita |
|
Puisi |
---|
|
Sayang buah pulang ke laut, Khabar berita saya turut; Bunga hadiah saya menyambut, Tutur belia saya menurut.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 113 Make not your source till you have caught the fish Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. Burung yang terbang dipipiskan lada Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Make not your source till you have caught the fish. Wait until they give you an appointment letter. Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|