Pantun |
Sumber |
Tema |
Hujan panas berderai, embun berderai, Sayang ketupat inti, berisi inti; Hancur daging berkecai, tulang berkecai, Belum dapat berhenti, belum berhenti. | Pantun Melayu Sarawak | Bergendang |
Adat berhenti di tempat teduh, Bila tak teduh tentu berpanas; Adat mengaji taat dan sungguh, Bila tak sungguh ilmu terlepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Angin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hari buruk berhenti mencari, Hendak berbual tiada pandai; Laki pemabuk bini penjudi, Anak terjual rumah tergadai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pasang surut berhenti dulu, Sudah pasang baru berangkat; Orang patut menghormati guru, Petuah dipegang ilmu diingat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bujang kelana mandi subuh, Dari pagi tidak berhenti; Bagaimana hati tak gundah, Semalam-malam tidak berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ulak- ulak perahu Kuraman, Pulau Burung tempat berhenti; Apa penjolok bunga di taman, Belum dapat belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Odak-odak Pulau Kuraman, Tempat burung singgah berhenti; Hendak dijolok bunga di taman, Belumlah dapat belum berhenti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kita hendak berhenti, Kerana di jalan orang curiga; Bagaimana hamba hendak berjanji, Kerana tuan memandang harta. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana lagi hendak berhenti Pasanglah naik merendam tebing; Bagaimana kami hendak berjanji, Abang berbalik dalam berunding. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Ulak- ulak perahu Kuraman, Pulau Burung tempat berhenti; Apa penjolok bunga di taman, Belum dapat belum berhenti.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 112 First catch your hare Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan. Burung yang terbang dipipiskan lada Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. First catch your hare . Wait until they give you an appointment letter. Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah burung yang terbang dipipiskan lada. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|