Pantun |
Sumber |
Tema |
Pasang pelita berhemat cermat, Supaya minyak tidak tertumpah; Kukenang dinda sampai kiamat, Supaya tidak termakan sumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tidak kerana berhemat, Habislah bayam ditutup benta; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Habislah alam gelap-gelita. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau tidak kerana berhemat, Takkan ada renda bersulam; Kalau tidak kerana Nabi Muhammad, Takkan ada agama Islam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Supaya makan dapat berhemat, Jangan lagi menuruti selera; Supaya iman tidak berkarat, Luruskan hati takuti dosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau ditegang jerami sianit, Keratlah juga berhemat-hemat; Kalau ditimbang bumi dan langit, Beratlah juga Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Adat berbicara berhalus-halus, Adat bermuafakat berhemat cermat; Adat bersaudara berlurus-lurus, Adat berkerabat ingat-mengingat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Yakin beramai beringat-ingat, Kalau merempai datang sengketa; Kain dipakai berhemat-hemat, Kalau terburai orang berdosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kuda melompat-lompat, Bila Ielah masuk ke kandang; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila meniup tidak cermat, Salah-salah tangan terbakar; Apabila hidup tidak berhemat, Lama-lama badan terkapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |