| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Mulia suku adatnya kukuh, Kukuh tidak berganjak lagi; Bila bersatu umat kan teguh, Musuh mengelak bala pun pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
| Bukan cempedak bukan kundur, Jatuh terendam didalam kolam; Tidak berganjak tidak berundur, Sebelum padam rindu semalam. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Sekali orang merambah, Onak duri semua dilantak; Sekali abang bersumpah, Sampai mati takkan berganjak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
| Ambil buluh dibuat galah, Galah patah dimain budak; Jauh sekali menyerah kalah, Belum mencuba berganjak tidak. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
| Bukan pelita sebarang pelita, Pelita ini sumbunya banyak; Bukan cinta sebarang cinta, Cintaku ini tak berganjak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganjak |
|
|