Pantun |
Sumber |
Tema |
Uncang bukan sebarang uncang, Uncang kita banyak berduit; Bujang bukan sebarang bujang, Bujang tua ketiak hangit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Satu suit tidak berlantai, Satu padi disuruhlah tumbuh; Tidak berduit biar bergadai, Turutlah hati sungguh-sungguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Uncang besar berisi duit, Dapat membeli sayur-sayuran; Orang sabar bini berduit, Tiap hari tidur-tiduran. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tumbuh betung di tepi rakit, Walaupun bengkok dicari orang; Sungguh untung laki berduit, Walaulah bongkok bininya sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Jika roket naik ke langit, Salah simpang ke Planet Hawa; Jika kocek tidak berduit, Memang malang memang kecawa. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Anak udang dipanggang saja, Hendak direndang tidak berkunyit; Anak orang dipandang saja, Hendak dipinang tidak berduit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api jauh ke darat, Tempat orang menganyam kulit; Hina besi kerana karat, Hina dagang tidak berduit. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata berduit |
|
Puisi |
---|
|
Anak udang dipanggang saja, Hendak direndang tidak berkunyit; Anak orang dipandang saja, Hendak dipinang tidak berduit.
Lihat selanjutnya... |
|