Pantun |
Sumber |
Tema |
Kalau berdaun lebat sangat, Kalau berdahan dapat dititi; Kalau setahun lambat sangat, Kalau sebulan boleh dinanti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyaklah padi berdaun sebelah, Padi bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad jadi penghulunya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Banyaklah padi berdaun sebelah, Pada bertempat di bakul lima; Banyaklah nabi diturunkan Allah, Nabi Muhammad rasul utama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sejak betik berdaun rendang, Orang pun ingin bertanam jagung; Sejdik adik turun ke ladang, Abang pun rajin menggetah burung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Cabang kayu berdaun lebat, Di mana lagi buah bergantung; Orang kurindu tak mahu dekat, Ke mana lagi membawa untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Padi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah; Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Pucuk nanas berdaun buruk, Pucuk durian Kuala Melaka; Gunung emas jangan merajuk, Gunung intan pulang sahaja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Putik mengkudu sedang berdaun, Pucuknya habis dimakan kumbang; Adik menunggu sepanjang tahun, Duduk menangis dirundung malang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pokok hijau baru berdaun, Habis daunnya dipetik budak; Hujan tidak panas setahun, Cabang dan ranting bertunas jugak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Sayang selasih pohonnya tinggi, Berdaun sehelai dimakan kuda; Wahai kekasih hamba pergi, Ada umur berjumpa juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |