| Pantun | 
    Sumber | 
    Tema | 
   
  | Padi perak berdaun suasa, Buahnya mengurai emas merah; Sudah berbudi lagi berbahasa, Itulah tanda bistari bertuah. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |  
  | Berkudi-kudi emas suasa, Senang si kaya rakyat jelata; Orang berbudi kita berbahasa, Mengenang jasa budaya kita. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |  
  | Hendak ke bukit Pulau Markosa, Pulau rebutan Tanah Semenanjung, Kalau hidup tidak berbahasa, Serupa katak di bawah tempurung. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |  
  | Adat memberi pantang mengeji, Adat meminta pantang memaksa; Adat berbudi pantang mendengki, Adat berbahasa pantang mengata. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |  
  | Sri Aman ke Kuala Baram, Singgah sebentar di Pekan Marudi; Hidup aman lagi tenteram, Jika hidup berbahasa berbudi. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbahasa |  
  |  
  
    
   
      
                 |